Angkasawan minum peluh, air kencing

Angkasawan di stesen angkasa lepas antarabangsa meraikan hasil proses terbaru, air daripada air kencing, peluh dan air yang terpeluwap yang dikitar semula, semalam.






Nuffnang Ads






Mereka minum air itu bersama kakitangan NASA yang turut minum air yang dikitar semula di pejabat kaji selidik angkasa itu di bumi.

“Rasanya hebat,” kata angkasawan Amerika Syarikat (AS), Michael Barratt.

Angkasawan Russia, Gennady Padalka menunjukkan paket air yang tertulis: “Minum air ini apabila air tulin habis selepas perjalanan lebih 320 kilometer.”

Sistem kitar semula air kencing diperlukan di stesen angkasa di bulan dan Marikh kerana ia mampu mengurangkan dan menjimatkan kos pengangkutan air bersih ke stesen itu.

Ia juga diperlukan kerana jumlah angkasawan akan meningkat daripada tiga ke enam orang tidak lama lagi.


Sistem itu dibawa ke stesen itu November lalu oleh kapal angkasa Endeavour tapi tidak boleh diminum hingga diuji di bumi dan peralatan rosak dibaik pulih Isnin lalu.

Pengurus makmal stesen angkasa lepas, Marybeth Edeen berkata, air kencing itu akan dimasak dan hanya wap yang terpeluwap dikumpul dan ditukar kepada air.

“Baki daripada proses itu akan dibuang. Wap air daripada proses itu kemudian dicampur di dalam stesen dan ditapis sebelum boleh diminum,” katanya.

Ssitem itu mampu menghasilkan 10 liter air dalam tempoh enam jam.






Your Ad Here
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.