Kanibal Indonesia kini bebas

Bagaimana rasanya daging manusia? “Sangat enak,” jawab Sumanto, sang kanibal dari Purbalingga, Indonesia.






Nuffnang Ads





SUMANTO pernah menggemparkan Indonesia kerana tabiat anehnya.

AHAD 12 Januari 2003. Penduduk Desa Majatengah, Purbalingga, Jawa Tengah, Indonesia gempar kerana kubur seorang wanita tua yang baru dikebumikan pada petang Sabtu itu telah digali orang.

Mayat wanita itu, dikenali sebagai Ibu Rinah, 80 tahun, turut ghaib. Kain kapan dan batu nisan berselerakan di atas tanah yang masih merah.

Ketua kampung itu, Agus Budi, percaya mayat yang diambil akan digunakan dukun atau seseorang yang belajar ilmu hitam.

Berita itu cepat tersebar. Beberapa hari kemudian, seorang penduduk dari Desa Pelumutan, kampung bersebelahan Desa Majatengah, memberitahu dia ternampak seorang pemuda memakai sejenis kalung yang aneh. Kalung itu dipercayai diperbuat daripada kemaluan wanita.

Pihak polis tidak mengambil masa yang lama untuk menggeledah rumah suspek apatah lagi selepas terhidu bau yang sangat busuk datang dari rumah lelaki itu.

Di situ, polis menemukan tulang-tulang manusia dan jenazah Rinah yang dikuburkan lima meter dari rumahnya. Setelah digali, jenazah Rinah yang ditanam sedalam setengah meter itu sudah tidak sempurna. Daging di kedua-dua pahanya telah dimakan.

Dalam pengakuannya, Sumanto berkata, daging paha Rinah sempat digoreng dan dibuat sate. Sebahagian daging yang dimasak itu diberikan kepada bapanya, Nuryadikarta. Kepada bapanya, Sumanto cuma mengatakan ia daging kambing.

Sumanto mendedahkan, dia menggali kubur Rinah tanpa menggunakan cangkul, sebaliknya hanya dengan tangan kosong. Mayat wanita itu dimasukkan ke dalam karung dan diikat dengan dawai sebelum diangkut dengan basikal.

Di rumah, Sumanto memotong bahagian kaki dan menyiat kemaluan Rinah. Sebenarnya, Sumanto mendakwa kasihan semasa melapah dan memotong lutut Rinah. Namun, lantaran niat untuk mendapatkan ilmu dan mengubah hidupnya, perasaan itu hilang.

Sebelum diangkut ke rumah, Sumanto, yang sebelum itu bekerja kampung termasuk mencari burung dan menjual jamu sempat menelan mentah-mentah dua ibu jari kaki Ibut Rinah.

Makan cengkerik

Sejak kecil, Sumanto dikatakan gemar makan serangga seperti cengkerik.

Ketika berpacaran dengan seorang gadis sekampung bernama Samien, Sumanto pernah diserang pemuda kampung yang lain kerana cemburu.

Bermula dari detik itu, Sumanto berazam menuntut ilmu kebal. Dia berguru dengan Taslim yang berasal dari Jambi. Namun, perguruan itu bersyarat. Sumanto mesti memburu dan makan sejumlah mayat.

Selepas itu, Sumanto merantau ke Lampung dan berkerja di sebuah ladang tebu. Di sana, dia berkenalan dengan sekumpulan pemuda yang mengajarnya agar memasukkan sedikit daging hasil buruan ke dalam lengan dengan tujuan bertambah kuat dan tidak dibayangi roh hasil buruan.

Selepas itu, berlaku satu insiden dia telah diperas ugut dan dipaksa menyerahkan wang upah bekerja. Kerana terpaksa, Sumanto melibas perut si penjahat hingga mati. Mayat lelaki itu dimakannya.

Walaupun sudah memakan tiga mayat, Sumanto mengakui kehidupannya belum berubah. Alasannya, ilmunya belum lengkap. Malangnya, sebelum misi sempurna, dia telah ditangkap polis.

Bagaimana rasanya daging manusia? "Sangat enak," jawab Sumanto yang tinggal di Lampung sejak 1992 dan kembali ke kampungnya lima tahun kemudian.

Tingkah laku aneh Sumanto menyebabkan dia dituduh gila oleh penduduk kampung. "Mengapa semua orang, terutama wanita di desa takut pada saya. Apakah memang saya gila?" tanya Sumanto kehairanan.

Kini, Sumanto ibarat objek yang sangat menakutkan. Walaupun Sumanto sudah ditahan polis, perasaan takut masih menjalar. Untuk beberapa lama, kanak-kanak Desa Majatengah takut pergi mengaji sehinggakan masjid menjadi kosong.

Ada juga keluarga yang tidur malam sebilik. Bahkan ada yang menumpang tidur di rumah jiran.

'Sekarang saya makan bayam'

Semasa ditahan di Tahanan Polres Purbalingga, tiada seorang pun tahanan yang berani tinggal satu bilik dengan Sumanto. Alasannya, mereka takut dimakan Sumanto.

Setelah dibicarakan, Sumanto dipenjarakan selama lima tahun di LP Purwokerto. Pada 24 Oktober 2006, Sumanto dibebaskan.

"Saya sukakan semua jenis daging asalkan ia dimasak. Tapi saya sudah tidak makan orang. Sekarang saya makan bayam," kata Sumanto, 37, kepada wartawan AFP semasa ditemui di Pusat Pemulihan Mental di Jawa Tengah, baru-baru ini.

Selepas dibebaskan, penduduk kampung masih tidak boleh menerimanya, jadi dia ditempatkan di pusat pemulihan itu.

Bapanya yang bekerja sebagai petani, Nuryadikarta, 65, berkata dia merindui anaknya itu tetapi tidak dapat membawanya pulang. "Tidak kira betapa jahatnya dia, dia tetap anak saya. Saya mahu membawanya pulang tetapi jiran-jiran pasti akan menghalaunya," katanya.

Menurut penjaganya di pusat itu, Ahmad Sugimin, sekali makan, Sumanto boleh menghabiskan dua pinggan besar nasi, 60 cucuk sate, 16 ketul daging sebesar penumbuk dan lapan ketul ayam. "Bagaimana dia boleh hidup di luar kalau sekadar bekerja sendiri? Saya bimbang jika dia kembali makan mayat," kata Sugimin.

Namun, Sumanto menafikannya. Sambil menunjukkan kepada botol-botol air yang kosong di katilnya, Sumanto berkata dia boleh hidup dengan air, vitamin dan mineral sahaja.

"Daging memang lebih sedap daripada sayur-sayuran. Tetapi jika tiada daging, saya boleh makan rumput. Ia menyihatkan dan saya juga boleh menggorengnya supaya lebih sedap," katanya.


Your Ad Here

How Handbags Are Made from snake's skin

Whilst fur has virtually been wiped off our fashion radar, other types of animal skins have yet to provoke either public outrage or sympathy for the animals from whom they are stripped. Alligator, crocodile, python, cobra and lizard - and even frog, shark and salmon skin - are turned into so-called ‘luxury‘ items.






Nuffnang Ads





Python is particularly popular at the moment. According to designers, it is cheaper than crocodile and each skin is large enough to require only a few seams to turn it into a finished garment. Snakeskin shoes and crocodile bags often retail for hundreds of pounds. One wonders just what is so luxurious about skin ripped from the back of a dead animal - particularly one who has been farmed in appalling conditions, or been torn from the wild, and possibly skinned alive.


WARNING: Animal lovers might not like this!





























Your Ad Here

Tonik gadis gomol

Petua pelik untuk menghilangkan darah gemuruh dan perasaan malu selain mendapatkan suara lunak mendorong ramai ‘gadis gomol’ atau pelayan kelab karaoke ketagih mengambil minuman ‘tonik’ bergas yang dicampur pil Ecstasy ketika melayan pelanggan.






Nuffnang Ads





Difahamkan, air tonik berkenaan turut menjadi pilihan kebanyakan gadis pelayan di karaoke di sekitar Lembah Klang yang percaya ia boleh dijadikan ‘pelaris’ untuk meraih tip sehingga menjangkau RM10,000 sebulan daripada pelanggan.

Minuman koktel istimewa berkenaan yang diminum setiap kali sebelum masuk ke bilik karaoke untuk melayan pelanggan turut didakwa mempunyai keistimewaan berikutan ia membolehkan gadis pelayan terbabit mendapat tenaga tambahan walaupun terpaksa menyanyi sehingga lapan jam tanpa henti.

Seorang gadis pelayan karaoke yang berjaya dipujuk dan ditemubual wartawan Harian Metro, mengaku hampir semua pelayan pelanggan (GRO) sepertinya mengamalkan petua tersendiri untuk kekal cergas dan menjadi periang di hadapan pelanggan, terutama menggunakan pil khayal.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Baby, 27, berkata kaedah yang dianggap paling popular ialah dengan meneguk minuman bergas atau minuman keras yang dicampurkan dengan pil Ecstasy.

“Biasanya minuman ini hanya akan dipesan apabila saya masuk ke bilik karaoke bersama pelanggan. Budak pekerja bar biasanya terlebih dulu mengambil pesanan minuman daripada pelanggan sebelum saya turut meminta tonik berkenaan dihantar bersama.

“Biasanya mereka yang bekerja di kelab karaoke sedia maklum mengenai minuman itu yang hanya diberikan kepada gadis pelayan saja,” katanya.

Baby yang sudah lebih tiga tahun bekerja sebagai GRO berkata, bayaran tonik berkenaan biasanya dimasukkan terus ke dalam bil pelanggan yang menjadi kebiasaan bagi pelanggan datang berhibur di karaoke berkenaan.

“Sebaik air tonik ini diminum, tenaga dan otak saya akan mula mengalami perubahan drastik apabila seolah-olah diberi tenaga luar biasa.

“Saya terus hilang rasa malu untuk menyanyi atau berpelukan dengan pelanggan yang hanya baru beberapa minit dikenali. Malah, kesan air tonik berkenaan mengakibatkan saya tidak malu menari dalam keadaan saling berpelukan sambil menyanyi,” katanya.

Menurutnya, dia seolah-olah hilang rasa malu apabila sanggup menyanyi sambil berdiri atas meja atau sofa dalam bilik karaoke.

“Air berkenaan juga menyebabkan saya langsung tidak letih walaupun diminta menyanyi beberapa jam tanpa henti sambil melayan pelbagai kerenah pelanggan.

“Bagaimanapun, air berkenaan tidak boleh diberikan kepada pelanggan kerana bimbang kejadian tidak diingini, termasuk hilang kawalan diri sehingga dibimbangi menyebabkan pergaduhan,” katanya.

Ditanya sama ada dia bersedia melakukan hubungan seks dalam bilik karaoke selepas meneguk tonik berkenaan, Baby berkata biasanya dia hanya membenarkan pelanggan melakukan adegan ringan-ringan seperti memeluk atau mencium pipinya.

“Saya tak kisah kalau pelanggan nak raba atau gomol saya asalkan mereka sanggup bayar tip lebih. Tapi saya tak benarkan mereka buat hubungan seks walaupun bilik karaoke bising dan gelap.

“Kalau mereka berhajat sangat..saya hanya akan benarkan di luar karaoke. Itupun jika pelanggan terbabit sedap di mata selain bayaran berpatutan dengan perkhidmatan yang saya tawarkan,” katanya yang tidak suka dilabel sebagai pelacur.

Menurutnya, dia memulakan tugas seawal jam 7 malam dengan mematuhi syarat ditetapkan pengurusan karaoke supaya berpakaian seksi dan skirt ketat untuk menarik perhatian pelanggan.

“Saya dan rakan-rakan menjadi daya tarikan bagi kelab karaoke untuk menarik perhatian pelanggan supaya kerap datang dan menghabiskan wang di sini.

“Biasanya setiap pelanggan diberi kebebasan memilih mana-mana gadis karaoke diminati sebelum membayar sekurang-kurangnya RM50 bagi setiap ‘teman’ dipilih,” katanya.

Menurutnya, dia tidak memperoleh gaji bulanan tinggi, namun kebanyakan wang hasil ihsan pemberian tip pelanggan, selain komisen jika pelanggan membuat pesanan tambahan minuman keras atau membeli arak mahal dalam botol.

“Biasanya pelanggan tua di kalangan ahli perniagaan memberi tip lumayan berbanding golongan muda berikutan mereka suka digesel dan dibelai,” katanya yang mampu memperoleh pendapatan antara RM150 hingga RM300 semalam.

Sementara itu, jurucakap polis Kuala Lumpur yang dihubungi berkata, pihaknya menyedari penyebaran pil khayal seperti ketamin dan Ecstasy terutama di pusat hiburan sejak sekian lama.

Menurutnya, golongan GRO paling kerap ditahan polis narkotik ibu kota setiap kali operasi dilakukan di kelab hiburan berikutan mereka didapati positif dadah apabila ujian air kencing dilakukan.


Your Ad Here

Penduduk elak cium kerana H1N1

Kebimbangan wabak selesema babi memaksa rakyat Argentina daripada menghentikan amalan berkongsi minuman biasanya bersama rakan mereka dan kini diminta untuk berjauhan sesama mereka.







Nuffnang Ads




Pihak berkuasa Argentina yang berhadapan dengan penyebaran wabak virus A (H1N1) meminta rakyatnya supaya menghentikan sementara amalan sambutan tradisi dengan berpeluk dan bercium bagi mengelakkan jangkitan baru.

Argentina mencatatkan banyak kematian di Amerika Latin akibat selesema babi iaitu hampir 70 setakat ini, menurut angka terbaru pihak berkuasa.





Your Ad Here

Bayi dalam perut buat isyarat V

Caroline Barnes yang bakal menjadi ibu terkejut apabila mendapati anak dalam kandungannya membuat isyarat keamanan atau V ketika dia membuat imbasan di sebuah hospital, lapor sebuah akhbar semalam.







Nuffnang Ads




IMEJ imbasan ini menunjukkan bayi Caroline membuat isyarat V.

Ibu yang berumur 35 tahun dari Dulwich, tenggara London itu berkata: "Seorang jururawat tidak dapat menahan ketawa. Bayi itu memberi isyarat V sepanjang tempoh imbasan itu dibuat."

Isyarat itu pernah dibuat oleh Winston Churchill yang turut membawa maksud kemenangan ketika beliau menjadi Perdana Menteri Britain pada era Perang Dunia Kedua.

Tunang Caroline iaitu Dave Wright berkata: "Kami tidak kisah apakah jantina anak kami. Namun kami perlu mengajarnya beberapa tingkah laku yang baik."


Your Ad Here

Wanita angkat 14kg dengan kemaluan (++18sx)

Seorang wanita Rusia iaitu Tatiata Kozhevnikova yang berumur 42 tahun mencipta rekod dunia apabila dia mengangkat bola gelas seberat 14 kilogram (kg) dengan menggunakan kemaluannya, lapor sebuah akhbar semalam.







Nuffnang Ads






Kejayaan yang diperoleh itu memang pelik tetapi Guinness Book of Records mengiktiraf kekuatan yang dimiliki oleh Tatiana.

Menurut wanita itu, dia berjaya melakukan perbuatan tersebut selepas melakukan latihan selama 15 tahun.

Tatiana yang berasal dari Novosobirsk berkata, dia melakukan perbuatan itu selepas membaca beberapa buah buku mengenai seni senaman purba.

Buku-buku itu menceritakan wanita purba menguatkan otot mereka dengan cara berlatih mengangkat bola kayu.


Your Ad Here

Lelaki paling kerdil

DENGAN ketinggian kira-kira 61 sentimeter, Khagendra Thapa Magar hanya perlu menunggu empat bulan lagi untuk diisytiharkan sebagai lelaki paling kerdil di dunia.






Nuffnang Ads






DENGAN ketinggian kira-kira 61 sentimeter, Khagendra Thapa Magar hanya perlu menunggu empat bulan lagi untuk diisytiharkan sebagai lelaki paling kerdil di dunia.

Tidak sabar-sabar menanti hari ulang tahun kelahirannya yang ke-18 Oktober depan, Khagendra dan keluarganya sudah menjalin hubungan dengan Guinness untuk mengambil alih secara rasmi gelaran itu daripada He Ping Ping dari China yang setinggi 74 sentimeter.


Bagaimanapun, Khagendra yang seberat 4.54 kilogram seolah-olah sudah menjadi selebriti di negara kelahirannya, Nepal.

Tokoh politik turut ghairah untuk melihat Khagendra diiktiraf sebagai lelaki paling kerdil di dunia. Penduduk kampungnya pula menggelarnya ‘Buddha kecil’.

Dia dilahirkan 17 tahun lalu di daerah Baglung, 200 kilometer
dari Kathmandu, ibu negara Nepal. Sejak kecil lagi keluarganya dapat berasakan dia akan menjadi terkenal dan berjaya dalam hidup walaupun kerdil.

“Ketika dilahirkan,
beratnya hanya 600 gram,” kata ibunya, Dhana Maya Thapa Magar, 33.

“Ia seperti melihat anak ayam yang keluar dari telur yang bar
u menetas. Saya mengaku pada mulanya saya malu dan tidak mahu keluar rumah. Namun kini hanya kebanggaan yang tersemat di hati saya dan begitu mengharapkan dia dinamakan lelaki paling kerdil di dunia.”

Walaupun punca kekerdilannya tidak pernah disahkan secara perubatan, namun doktor di Nepal yang memeriksa Khagendra percaya ia disebabkan oleh kelenjar pituitari yang tidak berfungsi. Jika tidak kerana masalah itu, dia dianggap sihat.

Sementara itu, keluarganya mewujudkan Yayasan Khagendra Thapa Magar untuk mempromosi usahanya bagi diisytiharkan lelaki paling kerdil di dunia.

“Dia sudah terkenal di seluruh Nepal dan India,” kata bapanya, Rupp Abrader Thana Magyar, 36.

“Dia menyertai kumpulan tarian dan menjelajah ke beberapa tempat supaya orang boleh melihatnya. Dia melakukannya beberapa kali setahun dan kini kami berharap dia akan disahkan sebagai lelaki paling kerdil.”

Menurut ibu bapanya, Khagendra berhenti membesar tahun lalu dan mereka menjangka ketinggiannya akan kek
al seperti sekarang.

“Walaupun dia kecil, kami tetap bangga dengannya,” kata Rupp.

Jika dia mengambil alih gelaran itu, Khagendra akan menggantikan tempat Ping Ping yang kini berusia 20 tahun dan menetap di wilayah Guade, China.

Khagendra memohon kepada Guinness pada 2006 ketika dia berusia 14 tahun, tetapi permohonannya ditolak kerana masih di bawah umur.

“Kami sudah menanti tiga setengah tahun. Hanya tinggal empat bulan sebelum impian itu tercapai. Ketika menemui Menteri Luar, Sujata Koirala baru-baru ini, dia berjanji untuk menyokong hasrat kami,” kata Rupp.

Khagendra yang menghadapi masalah untuk bersandar, baru-baru ini memasuki tadika di kampungnya u
ntuk belajar menulis dan membaca.

“Saya tinggal di sekolah dan belajar lima hari seminggu. Pada
hujung minggu, saya pulang ke kedai buah-buahan ayah saya di Pokhara dan membantu mereka berniaga,” kata Khagendra.

Mengenai kegemarannya, Khagendra berkata, dia minat menonton rancangan karate di televisyen ketika di rumah dan menanam impian untuk menjadi penari paling terkenal di dunia sedikit masa lagi.

Sejak mula mendapat tumpuan hampir empat tahun lalu, dia terbabit dengan pelbagai publisiti yang bertujuan mendapat pengiktirafan rasmi daripada Guinness.

“Sebaik saja saya dinobatkan sebagai lelaki paling kerdil, saya akan dapat memenuhi impian untuk melawat Amerika Syarikat. Saya boleh pamerkan tarian saya dan juga tunjukkan kecekapan saya dalam karate,” kata Khagendra.

Walaupun perkembangan mentalnya tidak sama dengan rakan seusianya, Khagendra masih mempunyai perasaan terhadap gadis cantik.


“Satu daripada perkara yang paling menyeronokkan ketika mengikuti kumpulan tarian ialah saya boleh melihat gadis di Kathmandu.

“Mereka sungguh cantik dan pakaian mereka juga jauh berbeza dengan pakain gadis di kampung saya,” katanya.


Your Ad Here

Bayi hilang dalam kandungan

DISEMBER tahun lalu, impian sepasang suami isteri di Kedah untuk menimang cahaya mata sulung selepas dua tahun berkongsi hidup tidak menjadi kenyataan apabila mendapati bayi yang dikandung si isteri tiba-tiba hilang dan tidak dapat dikesan melalui teknik imbasan.







Nuffnang Ads





Betapa terkejut, tidak percaya dan juga luruh emosi seorang bakal ibu apabila mengetahui kandungannya yang berusia lebih lapan bulan tiba-tiba hilang. Dari sudut apakah fenomena ini hendak dihuraikan?

Segalanya umpama sebuah misteri bagi si wanita yang berbunga harapan selama hampir sembilan bulan itu. Dalam kes tersebut, wanita itu telah disahkan mengandung pada Mac 2008 melalui pemeriksaan di sebuah hospital kerajaan di Kuala Lumpur.

Dia dijangka bersalin pada tarikh yang telah dicongak iaitu 29 November. Namun, kelahiran yang ditunggu-tunggu itu tidak menjadi kenyataan.

"Doktor mendakwa rahim saya normal seperti wanita yang tidak mengandung. Bentuknya juga sudah kempis," ujarnya yang mendakwa terasa lenguh-lenguh badan, perut memulas dan kemudian mengalami demam panas pada hari-hari terakhir sebelum kandungannya hilang.

Sudah banyak kes yang dilaporkan media mengenai kejadian seperti ini. Bukan sahaja di Malaysia, kegemparan cerita kandungan yang lesap ini berlaku di seluruh dunia tanpa mengira latar bangsa, status sosial dan kepercayaan agama.

"Kes kehamilan palsu yang menyebabkan kandungan menghilang secara tiba-tiba memang wujud dalam dunia perubatan.

"Ia dikenali sebagai pseudosiesis atau dalam istilah Inggeris - phantom pregnancy," kata Timbalan Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan.

Pseudosiesis adalah suatu keadaan yang lazimnya bersifat psikosomatik. Ia membabitkan gangguan faktor mental dan fizikal yang menyebabkan perubahan pada badan hinggakan sosok tubuh wanita yang tidak mengandung menyamai ciri-ciri wanita hamil.

Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi (Feto-Maternal) itu menjelaskan, apabila seseorang wanita terlalu percaya atau mengharapkan kehamilan, tubuhnya akan menghasilkan hormon yang menyebabkan perubahan-perubahan tertentu.

Paling jelas adalah pertambahan berat badan (khususnya di bahagian perut) selain simptom-simptom klasik lain seperti rasa mual serta tegang perut.

Hujah medikal dan psikologi

"Apabila minda 'menipu' tubuh, paras estrogen mereka melonjak naik. Apabila dalam keadaan sakit, stres atau tertekan, mana-mana wanita pun boleh mengalami gangguan dalam sistem badannya. Ini termasuklah ketiadaan haid, rasa loya dan muntah," jelas beliau.

Tidak hairan juga kalau ketidakseimbangan hormon itu turut membuatkan payu dara membesar dan mengeluarkan susu.

"Perut yang semakin membesar sebenarnya disebabkan lemak yang terkumpul di bahagian tersebut. Ada juga yang merasakan seperti ada pergerakan bayi dalam kandungan walhal tiada janin di dalamnya," terang Jamiyah.

Beliau merumus, belum ada kajian menyeluruh tentang punca pseudosiesis. Ia tidak boleh sepenuhnya ditangani dari perspektif medikal atau ginekologi tanpa mengambil kira keseriusan permasalahan emosi.


ADAKAH imej daripada imbasan ultra bunyi boleh berlaku ralat hingga memberi harapan palsu kepada ibu hamil?

Hakikatynya, sutradara yang mengarahkan sistem tubuh untuk melakukan sesuatu dalam menjalani rutin kehidupan adalah otak.

Apabila otak mencetus isyarat untuk bekerja matlamat tertentu, maka faktor biologi akan menurut dan di situlah bermulanya konsep kepercayaan.

"Sama seperti wanita yang mahu dirinya hamil untuk melepaskan diri daripada desakan sosial, fizikalnya akan terdorong ke arah keinginan tersebut.

"Lebih-lebih lagi jika pasangannya (suami) mengizinkan perkara itu berlaku dengan turut memberi harapan," jelas Pegawai Psikologi Pejabat Kebajikan Masyarakat Johor Bahru, Maizatul Akmam Abu Bakar.

Menurutnya, secara tidak langsung sokongan itu akan meningkatkan keberkesanan emosi isterinya sedangkan akhirnya mereka yang akan kecewa.

Lebih malang, tekanan yang dihadapi lebih menyeksakan apabila cerita 'kehilangan' kandungan itu dilabel sebagai karut oleh doktor dan masyarakat yang melemparkan tuduhan seperti wanita itu sengaja mengada-adakan cerita kehamilannya.

"Selain sokongan keluarga, wanita itu perlu dibimbing secara psikologi melalui sesi pertemuan dengan kaunselor atau pakar psikiatri. Mereka diajar untuk memahami dan menerima kelebihan dan kekurangan diri.

"Ini bermakna minda mereka perlu dilaras semula agar memikirkan perkara-perkara yang lebih positif," terang Maizatul.

"Hanya apabila seseorang ibu itu boleh menunjukkan bukti sahih bahawa pemeriksaan ultra bunyi sebelum itu sudah menunjukkan sifat fizikal bayi atau denyut jantung, tetapi akhirnya bayi itu hilang, maka kita perlukan penjelasan lain," ujar Jamiyah apabila diajukan tentang sisi mistikal bayi yang ghaib dalam kandungan.

Serba-sedikit pertembungan konsep itu dihurai oleh pakar khidmat runding dan nasihat spiritual dari Pusat Rawatan Komplimentari Yashfien, Engku Ansaruddin Agus. Beliau mengakui pernah merawat tidak kurang daripada 10 wanita yang terganggu emosi akibat kehilangan bayi dalam rahim.

Muslihat dari alam lain

"Wanita-wanita itu mendakwa mereka bermimpi didatangi entiti yang mengingatkan bahawa kandungan tersebut bukan milik mereka dan akan diambil semula," ujar Engku yang tidak menolak kemungkinan kehamilan yang disebabkan 'dampingan' atau 'tumpangan' makhluk halus.

Walau bagaimanapun Engku menegaskan, perhubungan antara manusia dan jin sebenarnya tidak akan menghasilkan anak manusia.

"Sebaliknya, anak-anak daripada kaum jin itu yang bertambah bilangannya jika berjaya memperdaya manusia melalui apa cara sekalipun," katanya.

Apabila diperdaya, seseorang mudah taksub kepada sesuatu. Ini termasuklah meyakini paparan imej bayi dalam rahim melalui teknik imbasan di hospital, sedangkan mereka perlu sedar bahawa ralat teknikal dan muslihat jin juga suatu faktor penyebab.

"Oleh itu, kaum ibu perlu kembali kepada apa yang diajar melalui al-Quran dan Sunah.

Adab, petua dan doa perlu sentiasa mengiringi langkah dan setiap perbuatan agar dilindungi Allah daripada fitnah, penipuan dan helah jin serta syaitan. Golongan itu sentiasa mahu menggoyah akidah umat Nabi Muhammad s.a.w.," pesannya.


Your Ad Here

Welcome to the world's only orang-utan hospital...

Situated in the heart of the Malaysian jungle, the Infant Care Unit at Bukit Merah Lake Town Resort - dubbed Orang-Utan Island - is a very special hospital. All of its patients are from the endangered Borneo species of orang-utans, the Pongo Pygmaeus. Without the facility, built in 2004, the species would probably be extinct.






Nuffnang Ads









Three-month-old June-Junior is hooked up to monitors and IV drips





This mischievous pair like nothing more than trying to pull off their heart monitor cables.



Dressed in a nappy, 10-month-old April chews her cot. When they are a year old they will be moved to the infant development unit, where the animals are taught how to survive in the wild A dedicated team of seven nurses care for the creatures, headed by one of Malaysia 's most experienced vets.


The orang-utans get all the comforts of a hospital, including nappy changes, left, and even cuddles, right






Your Ad Here

Kehidupan di Sampah Sarap

Apa yang ingin diceritakan ini pernah diceritakan kepada saya oleh seseorang. Namun sifat manusia, senang lupa apa yang tidak diamal. Maka dek kerana hebatnya pengajaran dari kisah ini, ingin saya tuliskan kembali kisah tersebut di sini. Kisah ini ada dalam kitab tetapi saya tidak pasti kitab apa. Dan saya juga pernah membaca kisah ini di dalam majalah Apo. Mungkin pembaca boleh memberi penjelasan kepada saya.






Nuffnang Ads





Oleh kerana saya hanya ingat-ingat lupa akan kisah ini, maka segala watak, latar masyarakat, latar tempat dan masa, semua akan saya ilustrasikan dengan mengikut akal saya dan bukan mengikut mana-mana kitab. Hanya idea asal cerita sahaja yang dijamin tepat. Sekiranya ada kesilapan pada kisah ini harap pembaca dapat perbetulkan agar kita sentiasa di jalan yang benar.

Kisah ini bermula di sebuah negeri yang aman makmur. Negeri itu letaknya di tepi sebuah sungai yang luas. Airnya jernih, penuh isinya dengan hidupan. Kelilingnya dipagari dengan deretan gunung yang gagah berdiri memaksi bumi. Laksana pagar, banjaran ini memelihara negeri ini dari segala ancaman. Rakyat nya mewah, hasil mahsul negara melimpah, rajanya perkasa dan armadanya gagah. Itulah dia Tirjan. Dan menjadi kebiasaan bagi mana-mana negeri yang terletak di tepi sungai, kerja utama rakyatnya tertumpu pada mencari hasil-hasil sungai. Tak kurang juga hasil cukai dari saudagar yang berdagang hasil hutan.



Maka dicelah-celah kemegahan Tirjan, terselit seorang insan kerdil bernama Hismir. Seperti penduduk lain, Hismir juga mencari sesuap nasi dengan mencari hasil-hasil sungai. Hismir bukanlah penduduk asal di situ. Dia merupakan pelarian dari negeri Shirmiz. Peperangan, kebuluran dan bencana alam memaksa Hismir keluar meninggalkan tanah air tercinta. Bukanlah niat Hismir ingin membelakangi tanah air sendiri demi mengejar kemewahan dunia. Namun apalah yang boleh dibina dari runtuhan Shirmiz yang lebur dilanggar Kirsan?



Bagi Hismir, cinta kepada tanah air kekal di hati. Tapi demi meneruskan hidup, Shirmiz harus ditinggalkan. Dan tiadalah tempat yang lebih baik untuk dituju selain syurga dunia, Tirjan. Bagi Hismir, tiada yang senang sejak ia menjejakkan kami ke bumi Tirjan. Perkhabaran tentang kemegahan Tirjan memang benar ada dan wujud di depan matanya. Namun, semuanya bukan milik seorang pelarian seperti Hismir. Penduduk Tirjan mewah dengan harta namun akhlak mereka langsung tak mencermin suruhan al-Ghaniyy.



Dengan peluh, keringat, dan air mata, Hismir membina kekuatan jasmani dan rohani. Biarlah Shirmiz lebur namun semangatnya tetap menjaga Hismir. Hismir bukanlah anak yang senang berputus asa. Ingin hidup di dalam masyarakat Tirjan umpama berumah di tepi laut. Andai tak ada berani di hati, tak usah bermimpi. Maka Hismir berusaha mencari kekayaan kerana dengan itu sahaja dia akan dihormati.



Dan dalam masyarakat Tirjan yang lengkap segala itu juga wujud satu golongan yang menyendiri. Golongan ini umpama mayat hidup. Hidup mereka langsung tak memberi faedah kepada penduduk Tirjan. Mereka ini hidup di lorong-lorong gelap yang hancing. Lorong-lorong inilah yang digelar lembah kehidupan. Dan penghuninya merupakan mereka yang telah patah hatinya dalam kembara mengharungi hidup. Di sinilah berkumpulnya para ahli ratap. Setiap masa, mereka meratap menyesali takdir yang menimpa mereka. Ada antara mereka yang dahulunya kaya, memegang jawatan besar di Tirjan. Namun pusingan hidup yang tak siapa dapat menduga melemparkan mereka jauh ke dasar lembah kehidupan.



Di sinilah, di dalam lembah kehidupan ini, yang dipenuhi dengan ratap tangis, raung kecewa, mendekam seorang insan yang sudah hilang daya untuk hidup. Namanya hebat namun sayang akal dan jiwa nya tidak. Dia lah Kisrah. Sudah bertahun Kisrah menghambakan diri kepada kesedihan. Jiwanya patah, hatinya lebur, semangatnya terbang ditiup angin. Bagi Kisrah tiadalah apa-apa makna panjang umurnya melainkan setiap hari yang datang menambah lagi kesengsaraan di hatinya.



Namun nasib insan bukanlah milik mutlak untuk diatur oleh diri sendiri. Insan tak tahu apa yang menanti di hadapannya. Dan begitulah juga dengan Kisrah. Ada sesuatu yang menantinya yang tidak ia tahu. Dan memang ia tidak akan tahu kerana semuanya akan berlaku dengan tiba-tiba.



Begitulah dua insan yang menguni bumi Tirjan. Menjalani hidup dengan cara masing-maisng. Tapi ada seorang lagi insan yang juga menjadikan Tirjan itu buminya. Insan yang cinta kepada Tirjan lebih dari segalanya. Sanggup mati demi Tirjan. Bergelar insan itu dengan nama Sulu. Berbeza dengan nasib dua insan yang kita baca sebelum ini, Sulu nyata lebih bernasib baik. Sulu telah mengecapi kemewahan sejak pertama kali ia melihat cahaya. Ayahnya pembesar Tirjan. Seumur hidup ia dilimpahi dengan harta kekayaan. Apa saja dihajati pasti datang. Umpama penghuni syurga lagaknya. Dan kemewahan itulah yang menjerut leher Sulu. Berfoya-foya itu umpama pekerjaan tetap bagi Sulu. Siang malam ia memperjudi harta ayahnya di medan judi. Kalah menang bukanlah soal bagi Sulu. Yang penting gembira!

Artikel : Cerpen Tak Bertajuk (Bahagian 1)


Your Ad Here

Radio

Statistik

Visitors