14 Budak Disiasat Polis dipercayai Main Permainan Kahwin siap dengan adegan malam pertama

Hahahaha main kawin2 macam dulu2 gak....tapi ada mlm pertama tu...alamakkkk. .

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


siap buat adegan malam pertama

Sekurang-kurangnya 14 orang kanak-kanak berusia antara 7 ke 10 tahun terpaksa disiasat kerana terlibat dalam aktiviti lucah dalam sebuah permainan kanak-kanak yang di panggil kahwin-kahwin yang dalam permainan itu terdapat adegan malam pertama.

Sepuluh di antaranya adalah kanak-kanak lelaki manakala 4 orang lagi merupakan kanak-kanak perempuan, dipercayai kejadian itu berlaku dua hari lepas.

Katanya dalam kejadian itu, cikgu sekolah agama kanak-kanak berkenaan membuat satu laporan polis setelah melihat kejadian itu yang dimaklumkan oleh salah seorang anak muridnya.

Pada keesokkan hari Wali murid yang terlibat dalam kejadian itu terpaksa membuat satu pertemuan dengan cikgu dan juga beberapa anggota polis.

Menurut saksi yang melihat kejadian, mereka bermain kahwin-kahwin pada awalnya dan mendirikan sebuah pondok yang dibuat dari daun pelepah kelapa selepas balik sekolah.

Entah bagaimana akhirnya permainan itu mempunyai adegan intim seperti pasangan suami isteri, ketika itu saksi melihat cikgunya lalu di kawasan berkenaan dan memaklumkannya.

Menurut siasatan dan pengakuan murid, 4 di antara murid telah melakukan kegiatan itu sebanyak 3 kali dengan pasangan yang berlainan.

Bagaimana pun kes itu  telah memburukkan nama baik sekolah mereka dan pihak polis masih lagi menjalankan siasatan.

Katanya kedua orang tua murid dan guru perlu mendidik anak-anak dengan memberitahu bahaya dan dosa hubungan terlarang itu.

Dari sisi lain kurangnya perhatian ibu bapa kepada anak juga memiliki peranan penting kenapa hal macam ini boleh berlaku.

Contohnya dengan menunjukkan kelakuan kurang baik didepan anak-anak, bersetubuh di depan anak dan tidak mengawal anak-anak dalam aktiviti laman sosial, itu semua memberikan kesan pengaruh kepada mereka katanya.

Pihak polis Tanah Datar Hendri Abbas Bin Mohd Abdul Latif berkata, pihaknya masih menyiasat sejauh mana perbuatan murid-murid berkenaan dalam permainan  kahwin-kahwin yang mempunyai adegan malam pertama itu.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.