“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video berkenaan demi menjaga dan menutup aib pihak terbabit,” kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Paddy Abdul Halim.
Kastam sedang siasat, minta semua pihak berhenti sebar video staff terlampau
Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menyiasat video yang memaparkan aksi lucah membabitkan anggotanya yang tular di media sosial.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Paddy Abdul Halim berkata pihaknya ada menerima maklumat mengenai penyebaran video tersebut yang dipercayai dirakam tahun lepas.“Pihak Kastam sedang menyiasat perkara tersebut.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video berkenaan demi menjaga dan menutup aib pihak terbabit,” katanya ketika dihubungi.
Sejak semalam, sebanyak sembilan klip video memaparkan aksi lucah seorang pegawai yang berpakaian seragam sebuah agensi penguatkuasaan mula tersebar menerusi aplikasi Whatsapp sebelum tular di laman sosial.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags