
Eleanor Benz meninggalkan Sekolah Awam Chicago di Lake View kerana terpaksa bekerja bagi menyara keluarganya pada 1936.
Dia bagaimanapun menerukan pengajian di sekolah malam dengan mengikuti kursus menaip dan simpan kira-kira dan kemudian berpindah ke Gurnee, pinggir Chicago.
Hasil perkahwinannya, Eleanor dikurniakan 15 anak, 54 cucu dan 37 cicit.
Baru-baru ini dia meluahkan rasa kecewanya kepada seorang anak perempuannya kerana tidak dapat menamatkan pengajian sekolah menengah.
Anaknya menghubungi sekolah berkenaan dan pihak berkuasa sekolah itu bersetuju memberikan diploma kepada Eleanor.
Semalam, pada ulang tahun kelahirannya yang ke-90, keluarganya menyerahkan diploma itu kepadanya.