Seorang wanita maut membunuh diri setelah terjun dari sebuah pasaraya terkenal di Kota Kinabalu, Sabah. Apa yang mengejutkan, wanita tersebut sempat memuatnaik status rancangannya yang mahu membunuh diri di Facebook.

Dalam status itu, dia mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga serta rakan-rakannya. Dalam perenggan terakhir, dia juga sempat menujukan status kepada seorang lelaki bernama Gulam Larkins dan mengatakan tindakannya itu adalah hadiah buatnya.
KOTA KINABALU: Seorang wanita maut selepas terjun dari sebuah kompleks membeli-belah di sini beberapa jam selepas meninggalkan nota bunuh diri di dalam akaun Facebooknya.

Picture
Bulatan menunjukkan tingkat di mana mangsa terjun

Mayat Hasrina Chee, 21 dari Kampung Sumbiling, Bongawan, ditemui dengan keadaan parah di kepala dan badan di bahu jalan selepas dia terjun dari tempat meletak kereta bangunan enam tingkat kompleks membeli-belah Centre Point di sini sekitar pukul 11.30 malam pada Khamis.

Dikatakan mangsa berbuat demikian kerana masalah putus cinta.

Menurut saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Najib, 20, dia terkejut apabila melihat mangsa terjun dari tingkat enam sebuah pusat membeli belah di sini.

Picture
Mayat mangsa ditemui di bahu jalan kompleks membeli-belah Centre Point.

“Saya nampak dia terjun dari bangunan itu dan terhempas ke atas laluan pejalan kaki.

Picture
“Saya serta merta memberhentikan kereta untuk pergi memeriksa dan menemui seorang wanita terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Saya masih terkejut dengan apa yang berlaku kerana ini kali pertama saya menyaksikan kejadian seperti itu,” katanya ketika ditemui dilokasi kejadian pada Khamis malam.

Najib berkata beberapa orang pengawal keselamatan kemudian bergegas keluar dari pusat tersebut unutk memeriksa keadaan dan menghubungi polis.

Sementara itu, Ketua Polis Bandaraya ACP Jauteh Dikun berkata, polis menolak adanya unssur-unsur jenayah terlibat dan mengklasifikasikan kes sebagai bunuh diri.

“Dia maut serta merta akibat cedera parah di kepala dan badan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat polis di Karamunsing di sini semalam.

Ketika ditanya mengenai samada mangsa mempunyai masalah hubungan dengan bekas teman lelakinya, Jauteh berkata polis masih menyiasat kejadian dari semua sudut.

“Sebenarnya, bekas teman lelaki mangsa yang berusia dalam 20an ada membuat satu laporan polis beberapa hari sebelum itu yang mendakwa mangsa telah mengugut untuk membunuh diri selepas hubungan mereka gagal.

“Dalam laporannya, lelaki tersebut mengatakan yang hubungan mereka telah berakhir dan dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan mangsa,” kata Jauteh, dengan menambah yang polis telah mengambil kenyataan dari bekas teman lelaki, keluarga dan rakan-rakan mangsa untuk membantu siasatan.

Picture
Ditanya samada mangsa menulis nota bunuh diri di laman Facebooknya sebelum kejadian, Jauteh berkata polis masih sedang mengesahkan kes tersebut.

“Masih terlalu awal untuk mengatakan siapa yang menulis nota itu di laman Facebook mangsa.

“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau memberi sebarang komen negatif di media sosial kerana ia akan hanya memburukkan keadaan bagi keluarga dan rakan-rakan mangsa,” katanya.

Orang ramai di Pusat Membeli Belah Centre Point digemparkan dengan penemuan mayat seorang gadis yang berusia dalam lingkungan 20-an.

Menurut saksi, mangsa yang berasal dari Bongawan telah terjun dari tingkat enam bangunan tersebut dan mati serta merta ditempat kejadian. Insiden dipercayai berlaku pada pukul 12.30 pagi Jumaat dan punca kematian dipercayai akibat tekanan emosi.

Berdasarkan maklumat terkini, identiti mangsa dikenali sebagai Hasrina Chee.

Tidak diketahui apakah hubungan Gulam Larkins dengan mangsa dan ramai yang mengjangkakan lelaki itu adalah teman lelakinya.

Gambar-gambar yang dikongsikan dalam sebuah blog menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu:

Berita terkini gambar wanita bunuh diri di Centre Point (CP) KK Sabah pada 9 Mei 2014. Orang ramai di Pusat Membeli Belah Centre Point digemparkan dengan penemuan mayat seorang gadis yang berusia dalam lingkungan 20-an. Menurut saksi, mangsa yang berasal dari Bongawan telah terjun dari tingkat enam bangunan tersebut dan mati serta merta ditempat kejadian. Insiden dipercayai berlaku pada pukul 12.30 pagi Jumaat dan punca kematian dipercayai akibat tekanan emosi. Berdasarkan maklumat terkini, identiti mangsa dikenali sebagai Hasrina Chee.





Berikut pula adalah foto Hasrina Chee yang diperoleh dari laman Facebook beliau. Namun, apa yang agak pelik, status terakhir beliau seperti mana yang di cetak oleh blog tersebut tiada. Dan status terakhir beliau adalah pada 5 May 2014





sumber: blog pilihan-anda

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date