Bayi dilahir tanpa alat kelamin

Seorang bayi didapati dilahirkan tanpa memiliki alamat kelamin dan mempunyai kecacatan lain pada anggota badannya.












Nuffnang Ads



RODZAKE menunjukkan anaknya, Muhammad Nabil Mustaqim yang dilahirkan tanpa kemaluan di rumahnya dekat Kuala Perlis semalam sambil diperhatikan oleh isterinya, Zatul Bazamah.

Muhammad Nabil Mustaqim bin Rodzake yang dilahirkan pada 10 Ogos tahun lalu di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar juga tidak memiliki ibu jari tangan kanan, telinga kanan dan cacat pada kelopak mata.

Dia diberi nama berdasarkan jantina lelaki kerana ujian DNA mengesahkan bahawa bayi itu lebih bersifat kelakian.

Sehubungan itu timbul kerisauan yang amat mendalam dihati kedua ibu bapa bayi malang ini.

“Saya sayu memikirkan masa depannya jika dia makin membesar tanpa kemaluan dan tekanan emosi yang pasti dialaminya,” kata ibu bayi berkenaan, Zatul Bazamah Abd Rahman, 26, dari Kampung Batu Lima dekat sini.

Derita Nabil tiada alat kelamin

Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati bayi lelaki pertama mereka tidak memiliki alat kelamin seperti lelaki normal meskipun selepas 10 bulan dilahirkan.

Bayi itu, Muhammad Nabil Mustaqim Rodzake yang dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada Ogos tahun lalu hanya mempunyai dua buah zakar namun alat sulitnya tidak kelihatan.

Ekoran itu, bapanya, Rodzake Namis, 35, berkata, beliau begitu gusar mengenangkan nasib yang menimpa anaknya yang terpaksa menggunakan saluran najis untuk kencing dan membuang air besar.

"Beberapa minggu selepas Nabil dilahirkan, dia sukar membuang air kencing sehingga perutnya kembung dan doktor terpaksa menebuk lubang untuk sambung saluran kencing ke saluran najisnya.

"Oleh itu, saya harap bantuan doktor pakar untuk memeriksa keadaan anak saya dan memberi pandangan terutama tentang kesihatan serta masa depannya," kata Rodzake ketika ditemui di rumahnya di Batu 5 di sini semalam.

Rodzake, seorang peniaga kedai makan, memberitahu, anaknya itu juga memiliki kecacatan fizikal lain iaitu tiada kelopak mata, mempunyai sembilan jari, cuma ada telinga sebelah kiri selain mempunyai ruang pernafasan hidung yang sempit.



Your Ad Here
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.