

GAMBAR menunjukkan seekor lembu diselamatkan dengan menggunakan pelampung di Pelabuhan Darwin baru-baru ini.
Kejadian berlaku apabila lembu seberat 500 kilogram itu dipercayai tersilap berenang di perairan dalam pada awal pagi sebelum diselamatkan oleh pasukan penyelamat tempatan, baru-baru ini.
Mereka berhempas-pulas selama 45 minit kerana lembu itu enggan bekerjasama namun anggota-anggota penyelamat berjaya memasang tali pada kepala haiwan itu dan menariknya ke daratan.