China: Seorang wanita telah dibogelkan dan dipukul dikhalayak ramai oleh beberapa wanita di hadapan pusat membeli-belah yang sibuk di China. Namun anehnya pihak polis turut tidak datang untuk menyelamatkan wanita itu.
Menurut berita dailymail, tiada siapa yang campur tangan untuk menyelamatkan wanita yang dikenali sebagai Lin Yao Li, 38 ketika dibelasah oleh empat wanita.
Wanita itu telah ditendang di pangkal paha dan dada dihadapan orang ramai namun tiada siapa yang mempedulikan wanita yang meraung dalam kesakitan di kaki lima.
Menurut orang awam wanita yang menyerangnya adalah isteri kepada seorang lelaki, dimana Lin dituduh menipu dan meniduri suaminya.
Selepas mendapat tahu perkara terkutuk itu isterinya dan tiga rakan-rakannya telah bertindak menyerang Lin di hadapan khalayak ramai ketika itu dia baharu sahaja keluar selepas membeli belah.
Seorang lelaki tempatan Jun Feng, 30, memberitahu TV tempatan bahawa perkara seperti ini adalah biasa untuk orang disana. Dia kemudian membantu wanita itu selepas melihatnya terbiar terbaring di atas jalan
‘Isteri atau teman wanita akan marah dan membalas dendam perempuan simpanan suami mereka adalah perkara biasa disini.
‘Orang ramai tidak cenderung untuk melibatkan diri kerana mereka melihat ia sebagai masalah keluarga dan hati,’ katanya.
Wanita itu kemudian dibawa ke hospital di mana dia dirawat untuk luka, lebam yang teruk. Perkara yang amat memeranjatkan adalah tiada siapa pun yang sudi untuk membuat panggilan ke ambulans ketika Jun minta bantuan.