Bila Roh Gadis Mati Dirogol 11 Lelaki Rasuk Keluarga

Roh Pelajar Wanita Berusia 16 Tahun Mati Diperkosa 11 Orang Lelaki Bergilir-gilir Merasuk Ahli Keluarga Selepas Kubur Digali Semula.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date


Roh gadis berusia 16 tahun yang mati dirogol sebelas lelaki secara bergilir-gilir telah merasuk ahli keluarga selepas kubur gadis tersebut digali semula.

Berita berkenaan salah seorang mangsa pembunuhan geng motor Cirebon, Vina Dewi Arsita , 16 tahun yang mati selepas diseksa, dibunuh kemudian dirogol secara bergilir-gilir oleh sebelas orang pemuda viral di media sosial.

Picture
Vina Dewi Arsita

Pasukan Forensik Polda Jabar dan pasukan Inafis Polres Cirebon Bandar telah mengali kubur Vina Dewi Arsita di TPU Kisangu, Kampung Jadimulya, daerah Gunungjati, Kabupaten Cirebon.

Keluarga Vina meminta pasukan forensik agar menanggalkan kanta mata dan kawat gigi yang masih melekat di jenazah Vina. Keluarga juga meminta pasukan forensik memotong rambut sambungan yang masih melekat di kepala mangsa.

Permintaan keluarga Vina ini disebabkan beberapa ahli keluarga sering didatangi roh Vina melalui mimpi. Malahan salah seorang ahli keluarga Vina juga sempat dirasuki roh gadis itu agar segera menanggalkan kanta mata, pendakap gigi serta rambut sambungan yang masih melekat di tubuh beliau.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.