Bagi mereka yang membesar tahun 90an, anda tentu mengetahui tentang
kumpulan Ukays yang mencipta
nama antara kumpulan muzik paling popular
pada satu ketika.
Antara ahli terawal anggota kumpulan ini adalah pemain dram, Ali.
Bersama Ukays, Ali sempat terlibat dalam dua album iaitu Mencari (1992)
dan Bisa Berbisa (1994) yang antara lain memuatkan lagu popular Berkat
Kasihmu, Seksa, Kau Satu-Satunya dan Di Sana Menanti Di Sini Menunggu.
Kini kumpulan Ukays sudah berkubur namun perkembangan terbaru Ali agak mengejutkan.
Nampaknya Ali bukan sahaja meninggalkan dunia muzik tetapi memilih untuk
melakukan sesuatu yang berat dibuat oleh kebanyakan yang lain iaitu
meninggalkan negara untuk tujuan jihad.
Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan di laman Facebook, Ali kini
tidak lagi memegang stik dram tetapi AK47 untuk sama-sama menentang
rejim Basyar Al Assad.
Kami pasti, apa yang dilakukannya ini sudah difikirkan masak-masak. Sama
ada gugur sebagai syahid atau ditangkap kerana melanggar undang-undang,
Ali sesungguhnya sedang memilih satu jalan yang sukar dipilih oleh
orang lain.
Semoga reda Allah bersama Ali dan para mujahidin yang berjuang demi umat
Islam menentang kezaliman di mana sahaja pelusuk dunia ini. – MyNewsHub