Pencuri Salin Semula 1,000 Nombor Telefon Dalam Sim Kad, Kirim Pada Mangsa

Zou Bin berkata beliau 'hairan' apabila pencuri iPhone menghantar beliau 11 muka surat tulisan tangan senarai kenalan, termasuk nama, nombor telefon dan alamat e-mel

Menurut maklumat di media tempatan, iPhone milik Zou Bin dicuri awal bulan ini ketika dia berkongsi teksi dengan seorang penyeluk saku. Waktu kejadian dia baru pulang dari pub dalam keadaan mabuk.

Senarai nombor telefon itu pula disalin dengan tangan, menggunakan 11 keping kertas!

Selepas menyedari telefon bimbitnya hilang, Zou Bin menghantar mesej kepada nombornya berbunyi:

“Saya tahu kamu adalah lelaki yang duduk di sebelah saya dalam teksi. Ketahuilah, tak susah pun nak cari kamu”.

Zou percaya telefon, bernilai kira-kira £ 270, telah diambil ketika dia mabuk dalam teksi.
Dalam mesej dihantarnya, Zou Bin turut menyuruh pencuri tersebut supaya melihat senarai temannya dalam nombor telefon, merujuk kepada geng kongsi gelap yang menjadi kenalannya.

Pesanan diakhiri supaya telefon bimbitnya segera dipulangkan ke alamat yang disertakan.

Apa yang berlaku, beberapa hari kemudian Zou Bin menerima satu bungkusan yang dihantar ke rumahnya.

Walaupun tiada iPhone yang telah dicuri, ia berisi kad SIM dan kesemua senarai nombor telefon dalam telefon bimbitnya.

P/S :Kalau nak mencuri pun kena ada integriti. Baru mangsa dari marah jadi sejuk hati..kehkehkeh..ini berlaku di China bila seorang pencuri ‘baik hati’ di China menyalin 1000 senarai nombor telefon sebelum memberikan semula kepada pemilik iPhone yang dicurinya.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.