Seorang dirogol teman lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook di dalam bilik tidur rumah neneknya di Kampung Bintang, di sini, awal pagi semalam.
Pelajar cemerlang sebuah sekolah menengah di Besut itu dikatakan 
dirogol sebanyak dua kali oleh kekasihnya itu yang dikenalinya baru 
sebulan.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed
 berkata, suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelatih sebuah pusat 
latihan kemahiran telah datang ke rumah mangsa pada jam 12 tengah malam 
Khamis lalu dan mereka didakwa tidur bersama.
“Mangsa dan suspek dikatakan telah melakukan seks sebanyak dua kali 
iaitu pada jam 1 pagi dan 6.30 pagi Jumaat di dalam bilik tidur mangsa 
tanpa disedari ahli keluarganya,” katanya.
Ab Rahman berkata, perbuatan suspek bagaimanapun terbongkar apabila adik perempuan mangsa yang berumur 7 tahun masuk ke dalam bilik kira-kira jam 2 petang hari sama dan ternampak ada lelaki di dalam bilik.
Katanya, adik mangsa bertindak memberitahu bapa saudara mangsa yang kemudian memeriksa bilik berkenaan.
“Terkejut dengan kehadiran bapa saudara
 kekasihnya, suspek  yang berasal dari Besut itu cuba melarikan diri 
namun berjaya ditangkap oleh bapa saudara mangsa sebelum diserahkan 
kepada polis,” katanya.
Mangsa tinggal bersama neneknya di rumah berkenaan manakala ibu bapanya bekerja di daerah lain.
Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
